Thursday, August 13, 2009

SINDROM OTAK BAYI BERGEGAR




ELAKKAN bayi terlepas daripada dukungan atau buaian kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius (Dr. Zulkifli Ismail)

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan,dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepasterjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam danbengkak di kepalanya.

13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears,Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibatterjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayilelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanyaakibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendangoleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anakkecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika sibayi terjatuh? Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan. "Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya. Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat.

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayiyang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian. "Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai. "Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya. Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak. "Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan."Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh. Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh. "Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.


Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan. Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibubapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini. "Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu. Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian. "Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

Sunday, August 9, 2009

Herba Pilihan Tepat

"Ha...ha...ha...! ada sudah!" masih teringat lagi suara girang suamiku setelah aku disahkan mengandung ketika menjalani pregnant test hampir setahun lalu. Saat itu aku semacam tidak percaya yang aku bakal menjadi seorang ibu. Perasaanku berbunga-bunga seolah-olah dibuai mimpi.

Namun, seminggu selepas berita gembira itu, aku merasa terpukul apabila doktor mengesahkan aku menghidap ketumbuhan dalam rahim (ovarian cyst) sebesar 9cm x 7cm. Sedih, bingung dan risau. Pada mulanya fikiranku agak runsing memikirkan keadaan kandunganku. Tambahan pula doktor menasihati aku agar menjalani pembedahan tetapi risikonya kemungkinan aku akan mengalami pendarahan serta keguguran. Jika tidak aku akan mengalami kesakitan yang teruk pada usia kandungan lima bulan ke atas dan juga semasa bersalin. Setelah berbincang dengan suami, kami menolak pembedahan tersebut. Pasti ada jalan yang terbaik selain pembedahan.
Dengan kemudahan teknologi yang ada, aku semakin rajin mencari maklumat tentang penyakitku ini di internet. Ternyata ianya bukan perkara yang baru. 80% wanita di dunia menghidapi cyst pelbagai jenis. Seseorang wanita yang mempunyai cyst masih boleh mengandung dan melahirkan bayi secara normal. Walaubagaimanapun ia bergantung pada keadaan fizikal wanita tersebut. Setelah mengetahui maklumat ini, aku semakin yakin kandungan ku akan selamat dan tidak akan terganggu walaupun terpaksa berkongsi ruang dengan cyst.

Inilah permulaan aku mengenali herba-herba keluaran HPA Industries. Produk berasaskan perubatan jawi. Aku telah menghubungi sendiri Pengarah Urusan Syarikat tersebut dan bertanyakan tentang produk yang terbaik yang sesuai dengan keadaanku. Ketumbuhan rahim semasa mengandung. Menurut beliau, biarkan kandungan membesar dan lahir. Setelah itu barulah ikhtiarkan penawar untuk masalah ketumbuhan. Beliau juga menyarankan agar aku mengamalkan Radix coffee 3 in 1 untuk menguatkan tulang janin.

Ketika kandungan ku berusia sepuluh minggu, aku menghadapi alahan seperti kebiasaannya wanita hamil yang lain. Pening kepala, loya dan muntah-muntah. Dengan keyakinan yang tinggi terhadap herba tempatan, suamiku telah membeli beberapa jenis herba yang terbaik untuk ku daripada HPA. Aku merasa seolah-olah keajaiban berlaku. Setelah aku mencuba Herba Tuju Angin buat kali pertama, aku kerap sendawa dan pening-pening serta loya juga semakin hilang. Daripada saat itu aku terus sahaja mengamalkannya disamping produk-produk yang lain seperti Kopi Radix, spirulina, mega-3, madu dan Herba Pelawas. Pil-pil yang dibekalkan oleh pihak hospital langsung tidak ku jamah.

Hasilnya amat memuaskan. Aku sentiasa bertenaga setiap hari dan jarang keletihan. Ketumbuhan yang ada dalam rahim juga tidak memberi apa-apa masalah kepadaku dan juga kandunganku. Ramai rakan-rakan yang ditemui seperti tidak percaya aku boleh bekerja dengan aktif meskipun kandunganku semakin membesar. Yang paling melucukan, ada yang menyangka aku membuat facial di mana-mana salun kecantikan kerana menurut mereka, kulit wajah semakin licin dan segar.

Tanggal 13 Jun 2009, aku telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 2.9 kg secara normal. Alhamdulillah, bayiku ini sihat dan sangat comel. Aku juga tidak menghadapi apa-apa komplikasi kesan daripada kehadiran cyst dalam rahimku. Ibu mertuaku sangat terkejut kerana walaupun baru dilahirkan tulang bayiku sangat keras dan kuat. Benarlah apa yang dikatakan oleh Tn. Hj Ismail, pengarah urusan HPA, kopi Radix dapat menguatkan tulang janin. Sangat luar biasa.

Kini, dalam usianya belum pun mencecah dua bulan, bayiku sememangnya aktif bergerak. Bayiku ini sudah boleh menegakkan kepala apabila duduk ataupun didukung, dan boleh mengiring. Bayiku juga sudah mampu berpijak dan berhenjut-henjut apabila dibantu berdiri. Yang paling istimewa, dia sudah mengenali ibu dan ayahnya.

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan kurnianya, aku dipertemukan dengan herba yang sangat mujarab daripada syarikat HPA. Aku masih lagi mengamalkan herba-herba tersebut sehingga ke hari ini walaupun sudah bersalin. Ia amat penting untuk kesihatanku serta bayiku. Aku juga sangat bersyukur dan berbangga kerana dikurniakan suami yang sangat prihatin tentang kesihatanku dari dulu sehinggalah kini. Kerana dia jugalah aku tidak patah semangat apabila disahkan menghidap ovarian cyst.

Sebaik sahaja bayiku putus susu badan nanti, aku akan memulakan perawatan untuk ketumbuhan rahim ku ini. Sudah pasti herba penawar daripada HPA. Kerana aku semakin yakin dengan produk keluaran syarikat tersebut. Semoga Allah membantu menyembuhkan penyakitku ini...... amiiiiiin.