Monday, August 11, 2008

SENGGUGUT (Dysmenorhoea)


Sakit senggugut atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai dysmenorhoea ni biasanya dihadapi oleh segelintir wanita terutamanya yang masih bujang. Selalunya orang kita sebut sebagai ‘period pain’. Sebab ianya akan dialami ketika haid. Sakit senggugut ni, mak aih.. Tuhan je yang tahu. Duduk, berdiri, baring serba tak selesa. Adakalanya sampai terguling-guling menahan sakit. Aku ni pun pernah jugak merasa sampai ke tahap tak boleh bangun dan termuntah-muntah. Rasa nak pengsan pun ada juga. Emosi pula tak menentu. Asyik nak marah je. Macam perempuan yang baru mengidam. Bagi wanita yang menanggung kesakitan ini setiap bulan rasa fobia plak setiap kali hampir waktu nak period.

Bagaimana boleh terjadinya senggugut?

Apabila seseorang wanita mula haid, keadaan serviks akan menegang dan terbuka untuk membenarkan darah haid mengalir keluar melalui pintu faraj. Kesakitan begini lebih dasyat dirasai bagi mereka yang belum berkahwin. Bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, biasanya sakit ini akan berkurangan atau hilang sama-sekali. Ini kerana bukaan serviks sudah semakin melebar.

Berdasarkan kajian, sengugut ini terjadi dalam dua keadaan. Sengugut primer dan sengugut sekunder. Sengugut primari terjadi akibat pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan rahim mengecut dengan kuat. Ini biasa berlaku pada wanita-wanita muda. Sengugut sekunder pula terhasil daripada wujudnya sel endometrium di luar rahim dan pendarahan perut. Endomentiosis ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kemandulan pada wanita penghidapnya. Ada juga yang mengalami senggugut yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ini biasanya terjadi pada wanita-wanita dalam usia lanjut.

Bagaimana untuk mengatasi masalah sengugut?

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan ubat bagi penyakit ini. Adalah lebih baik mencegah daripada merawat. Amalkan sahaja perkara-perkara berikut untuk mengurangkan sakit senggugut anda.

Elakkan minum minuman sejuk terutamanya seminggu sebelum tempoh uzur. Amalkan minum air hangat setiap hari. Sebaik-baiknya biasakan diri untuk tidak minum air sejuk. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan senggugut tetapi juga dapat menyihatkan tubuh dan mencantikkan wajah. Tak percaya? Cuba amalkan petua ini dalam tempoh dua bulan. Hasilnya pasti meyakinkan.
Senaman juga mampu untuk mengurangkan senggugut.



Sekiranya sedang mengalami senggugut, minumlah minuman pra-campur yang mengandungi tongkat ali (panas). Ini terbukti dan sakit akan hilang dalam beberapa minit kemudian. Tapi, bersedialah untuk menukar pad anda dengan kerap kerana ia akan menyebabkan darah haid keluar dengan lebih banyak.



Susu tepung tanpa gula yang dibancuh pekat juga sangat mujarab untuk mengurangkan kesakitan.



Kahwin dan dapat anak.... heheh.

USIK-USIK




Saturday, August 9, 2008

Rahim Dan Sistem Pembiakan Wanita

By atiefa

Wanita... Makhluk ciptaan Tuhan yang unik. Dicipta sebagai teman Adam. Pengubat sepi. Dicipta untuk mencintai dan dicintai.

Semenjak memasuki alam berumahtangga, barulah terbuka fikiran ku untuk mengetahui fisiologi diriku. Mengkaji keunikan yang dianugerahkan Tuhan kepadaku. Kadang-kadang rasa malu jugak. Suami yang lebih tahu dan begitu prihatin terhadap diriku. Sedangkan aku, kajian macam ni hanya aku buat masa di sekolah menengah. Tu pun sekadar untuk lulus exam. Syukur juga dijodohkan dengan seorang suami yang sentiasa menyedarkan aku untuk memahami keadaan diri sendiri. Itu lebih penting.

Ada pendapat yang mengatakan, wanita beruntung kerana terdapat satu organ penting dalam tubuh wanita diberi penghormatan dengan nama Allah. Cuba teka apa dia? ... ya betul. ‘Rahim’ iaitu penyayang. Hanya wanita sahaja yang memiliki organ ini. Dari rahim ini lah pemimpin agung Muhammad S.A.W lahir ke dunia ini. Dari rahim ini juga lah manusia berkembang sehingga dapat memakmurkan bumi Tuhan ini.

Saya bukanlah doktor ataupun pakar dalam bidang fisiologi wanita. Namun, dengan sedikit kajian dan juga pembacaan, saya ingin kongsikan bersama dalam blog ni. Seperti anak yang baru belajar berkata-kata, baru nak memahami fungsi organ yang dinamakan rahim ini. Apatah lagi dengan pelbagai istilah yang mana saya pun tak berapa nak faham. Mujur ada laman-laman tertentu yang menjadi sumber rujukan saya terhadap istilah-istilah tersebut.

Secara ringkasnya di dalam rahim wanita ini terdapat sistem pembiakan wanita yang terdiri daripada sepasang ovari, tiub fallopio, uterus, dan faraj. Wanita dikurniakan sepasang ovari yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan telur atau ovum yang juga dikenali sebagai gamet betina serta hormon estrogen dan progesteron. Estrogen adalah hormon sex wanita yang terlibat dalam perkembangan organ kewanitaan seperti pembentukan payudara dan kitaran haid. Progesteron pula merupakan hormon yang terlibat dalam kitaran haid, kehamilan dan pembentukan dan pembesaran janin.

Ovari terdapat di bahagian bawah abdomen. Setiap ovari bersaiz seperti dua kali ganda biji badam. Pembentukan ovum berlaku di dalam ovari. Uterus merupakan organ yang berdinding tebal, berotot, dan berongga. Dinding uterus dilapisi membran bermukus dan kaya dengan salur darah. Saiz uterus adalah sebesar genggaman tangan. Inilah tempat di mana zigot membesar menjadi fetus. Kedua-dua bahagian tepi uterus terdapat tiub Fallopio seperti jari yang meliputi ovari.

Dari uterus terdapat salur yang dikenal sebagai faraj atau vagina. Di bahagian luar vagina ini terdapat seperti ketulan daging lembut yang dikenali sebagai vulva. Bahagian berotot di antara uterus dengan faraj pula dikenal sebagai serviks. Semasa haid berlaku, bahagian serviks ini akan menegang dan terbuka untuk membenarkan darah haid keluar. Keadaan ini dipercayai menjadi penyebab kesakitan atau senggugut kepada sesetengah wanita semasa mengalami haid. Ini terbukti apabila kesakitan sebegini tidak akan dirasai lagi atau semakin berkurang setelah melahirkan anak. Ini kerana bukaan pada serviks semakin lebar.

Saya juga mengalami senggugut setiap kali haid. Namun, kesakitannya semakin berkurang. Tak perlu menghabiskan wang untuk membeli ubat-ubatan. Hanya perlu mengamalkan beberapa petua mudah. Bagaimana caranya? Insyaallah saya akan kongsikan bersama dalam tulisan saya yang akan datang.

Friday, August 8, 2008

Lagu Pilihan Program Motivasi

11 Ogos yang akan datang, sekolah akan adakan program motivasi khusus untuk murid-murid tahun 6. Selain menjadi ketua fasilitator Bahasa Inggeris, saya juga diberi tanggungjawab untuk menyediakan beberapa buah lagu sebagai halwa telinga dan juga selingan semasa program itu nanti.
Ada juga beberapa cadangan yang saya terima daripada guru-guru. Tapi, memandangkan program ini khas untuk anak-anak didik yang bakal menduduki UPSR, saya serahkan kepada mereka untuk membuat pilihan.
Setelah perbincangan dibuat, akhirnya mereka memilih dua buah lagu iaitu Gemuruh dan You Are My Sunshine.
Gemuruh
Bila bertalu rentak dikalbu
hasrat yang tersirat semakin ku buru
bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadiku berganda
gemuruh jiwa
semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
hasrat yang tersirat semakin ku buru
bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadiku berganda
gemuruh jiwa
semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya pasti kan terbukti nanti
gemuruh jiwa
semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
You Are My Sun Shine
You are my sunshine
My only sunshine
You make me happy when skies are grey
You’ll never know dear
How much i love u
Please don’t take my sun shine away

The other night dear
When i lay sleeping
I dreamed i held you in my arms
When i awoke dear
I was mistaken
And i hung my head and cry

You are my sunshine
My only sunshine
You make me happy when skies are grey
You’ll never know dear
How much i love u
Please don’t take my sun shine away

Tuesday, August 5, 2008

SEPI


Kenapa ada rasa sepi? Sedangkan setiap hari dikiri kananku sentiasa ada rakan atau keluarga untuk berinteraksi. Pelbagai tugas perlu diselesaikan. Silih-berganti. Tidak pernah putus dengan pekerjaan harian. Tapi.. kenapa aku masih sepi?

Aku mahu dia. Suamiku… Biar meriah di sekelilingku. Namun hati ini mahu dia. Rindu tidak lagi dapat kugambar dengan kata-kata.
Sunyi… kosong…..

Aku hanya mau dia ada di sini. Menemani siang dan malamku. Bila kah tiba detik itu? Mungkin tidak lama menanti. Namun, kurasa jam terlalu lambat berputar. Siang terasa lambat berganti malam. Aku tidak sabar menunggu kepulangan kekasihku itu. Agar aku tidak sepi lagi…

RINDU

Puisi ini ku tulis khas buat kekasihku yang tercinta. Siapa lagi kalau bukan Suamiku.. Insan teristimewa di hatiku. Saat berjauhan macam ni, bagus juga diluahkan melalui puisi cinta. Aku tidak berbakat dalam menulis puisi apatah lagi yang berkaitan dengan cinta. Apa yang kutulis ini hanyalah luahan hatiku tatkala rasa rindu semakin menyesakkan dadaku…


Rindu……
Perasaan yang terlalu indah untuk dinikmati
Namun, siksa menanggungnya
Setiap detik dirimu sentiasa diingatan
Resah, gelisah dan adakalanya memberontak
Airmata jadi teman
Tika perasaan itu melemaskanku
Kerna aku mendambakan mu
Terlalu mndambakanmu

Yang ku mau
Ada dirimu sayangku
Disetiap jaga dan lenaku
Aku mau terus bersamamu
Memelukmu erat
Menciummu
Menikmati cinta kasih kita

Moga Tuhan mendengar rintihanku
Aku ingin selalu disampingmu
Sehingga denyut nadi terakhir
Tiada lagi perpisahan melainkan ajal menjemputku

Semoga kerinduan ini
Dapat membajai pohonan kasih
Yang kita semai bersama
Bersama hembusan angin bahagia
Yang membelai diriku dan dirimu
Suamiku…..Sayangku…..

Monday, August 4, 2008

WAKTU SUBUR WANITA

by Ummu Aisyah

DUA sebab utama kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.