Monday, August 11, 2008

SENGGUGUT (Dysmenorhoea)


Sakit senggugut atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai dysmenorhoea ni biasanya dihadapi oleh segelintir wanita terutamanya yang masih bujang. Selalunya orang kita sebut sebagai ‘period pain’. Sebab ianya akan dialami ketika haid. Sakit senggugut ni, mak aih.. Tuhan je yang tahu. Duduk, berdiri, baring serba tak selesa. Adakalanya sampai terguling-guling menahan sakit. Aku ni pun pernah jugak merasa sampai ke tahap tak boleh bangun dan termuntah-muntah. Rasa nak pengsan pun ada juga. Emosi pula tak menentu. Asyik nak marah je. Macam perempuan yang baru mengidam. Bagi wanita yang menanggung kesakitan ini setiap bulan rasa fobia plak setiap kali hampir waktu nak period.

Bagaimana boleh terjadinya senggugut?

Apabila seseorang wanita mula haid, keadaan serviks akan menegang dan terbuka untuk membenarkan darah haid mengalir keluar melalui pintu faraj. Kesakitan begini lebih dasyat dirasai bagi mereka yang belum berkahwin. Bagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak, biasanya sakit ini akan berkurangan atau hilang sama-sekali. Ini kerana bukaan serviks sudah semakin melebar.

Berdasarkan kajian, sengugut ini terjadi dalam dua keadaan. Sengugut primer dan sengugut sekunder. Sengugut primari terjadi akibat pengeluaran prostaglandin yang menyebabkan rahim mengecut dengan kuat. Ini biasa berlaku pada wanita-wanita muda. Sengugut sekunder pula terhasil daripada wujudnya sel endometrium di luar rahim dan pendarahan perut. Endomentiosis ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kemandulan pada wanita penghidapnya. Ada juga yang mengalami senggugut yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Ini biasanya terjadi pada wanita-wanita dalam usia lanjut.

Bagaimana untuk mengatasi masalah sengugut?

Tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk mendapatkan ubat bagi penyakit ini. Adalah lebih baik mencegah daripada merawat. Amalkan sahaja perkara-perkara berikut untuk mengurangkan sakit senggugut anda.

Elakkan minum minuman sejuk terutamanya seminggu sebelum tempoh uzur. Amalkan minum air hangat setiap hari. Sebaik-baiknya biasakan diri untuk tidak minum air sejuk. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan senggugut tetapi juga dapat menyihatkan tubuh dan mencantikkan wajah. Tak percaya? Cuba amalkan petua ini dalam tempoh dua bulan. Hasilnya pasti meyakinkan.
Senaman juga mampu untuk mengurangkan senggugut.



Sekiranya sedang mengalami senggugut, minumlah minuman pra-campur yang mengandungi tongkat ali (panas). Ini terbukti dan sakit akan hilang dalam beberapa minit kemudian. Tapi, bersedialah untuk menukar pad anda dengan kerap kerana ia akan menyebabkan darah haid keluar dengan lebih banyak.



Susu tepung tanpa gula yang dibancuh pekat juga sangat mujarab untuk mengurangkan kesakitan.



Kahwin dan dapat anak.... heheh.

No comments: