Sebut saja Sepilok, pasti semua orang kenal. Tempat pemuliharaan orang utan yang terkenal di dunia. Ramai pelancong yang datang ke Sandakan, sudah pasti singgah di Sepilok untuk melihat sendiri keistimewaan sepilok ni. Rakan-rakan dari Semenanjung dan Sarawak juga tidak ketinggalan untuk menziarah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini.
Sedikit berkenaan dengan Sepilok yang saya kenal; Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok ini terleta

k kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Sandakan. Ia telah dibuka sekitar tah
un 1964 yang berfungsi untuk menyelamatkan dan memulihara anak-anak orang utan dariada mangsa pembalakan, perladangan dan juga menjadi mangsa pemburu haram. Di pusat ini, anak-anak orang utan akan dilatih hidup survival agar dapat dilepaskan secepat mungkin ke dalam habitat semulajadi mereka. Ia juga terletak diantara Hutan Simpan Kabili-Sepilok seluas 5529 ha, yang juga merupakan ‘hutan dara’ . Kini, Sepilok tidak asing lagi dimata dunia dan menjadi tarikan utama pelancong datang ke Sabah selain Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan.
Memang tak sah jadi orang Sandakan kalau tak tahu tentang Sepilok. Saya telah beberapa kali berkunjung ke sini bersama keluarga, rombongan sekolah dan rakan-rakan terutama yan

g datang dari luar daripada Sandakan. Melawat ke tempat ini sedikit sebanyak dapat memberikan rasa tenang disamping menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Di sebalik kesibukan kita dengan tugas s
eharian di luar sana, ada pihak yang mengambil berat tentang kehidupan mak
hluk yang sedang menghadapi kepupusan ini. Rasa syukur jugak kerana masih berpeluang melihat orang utan yang sebenar. Tidak seperti dinasour yang hanya dapat dilihat melalui gambar dan juga patung. Entah sejauh mana kesahihan bentuk-bentuk dinasour tu. Ada kah manusia yang pernah tengok dinosour yang telah lama pupus sejak berjuta-juta tahun tu?
Kalau pembaca mahu tahu, sebenarnya sepilok ni terbahagi kepada dua, Sepilok Laut dan juga Sepilok Darat. Sepilok Darat adalah tempat pemulharaan orang utan yang sedia ada di samping resort-reso

rt serta pusat-pusat penyelidikan yang ada di sekitarnya. Kalau nak ke Sepilok Laut pula, pengunjung kena menaiki bot selama lebih kurang 15 minit dari jeti Pasir Putih, Sandakan
....bukan di Kelantan tu. Saya pernah sampai di sini semasa berada di sekolah menengah. Setelah tiba di jeti Sepilok Laut, kita akan disambut oleh petugas dan akan diberikan taklimat serba sedikit tentang tempat ini. Perjalanan akan lebih menyeronokkan dengan menyertai
jungle trekking sehingga ke Sepilok Darat. Ianya akan mengambil masa selama kira-kira 3 jam untuk sampai ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan. Semasa dalam perjalanan kita akan dihidangkan dengan pemandangan yang segar. Kalau bernasib baik, kita akan dapat melihat pelbagai spesis haiwan-haiwan liar berkeliaran. Selain itu, kita juga akan dapat melihat keunikan floranya seperti pokok-pokok kayu berharga seperti merbau, cengal, seraya dan kapur. Ada yang sebesar 10 pemeluk dan berusia ratusan tahun.
Begitulah uniknya Sepilok ini. Salah satu anugerah Tuhan untuk rakyat Malaysia. Ia juga merupakan aset negara yang tidak ternilai terutama dalam memperkenalkan Malaysia kepada dunia.
Tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, jomlah ke Sandakan. Kunjungi Sepilok, lawati Sandakan, Kenali Sabah dan cintai Malaysia....