SK SIBUGAL BESAR SANDAKAN
SK Sibugal Besar Sandakan sebuah nama yang tidak begitu asing di kalangan warga pendidikan Sandakan. Ia merupakan sebuah sekolah gred A dalam kategori luar bandar yang terletak di tengah-tengah Kampung Sibugal Besar, 24 kilometer dari pusat bandar. Kawasan sekitar sekolah ini di kelilingi oleh kehijauan ladang kelapa sawit yang juga merupakan sumber pendapatan kepada segelintir penduduk kampung ini.
Semenjak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1969, Sk Sibugal Besar Sandakan telah menabur baktinya sebagai sebuah institusi pendidikan kecil yang berfungsi sebagai medan ilmu bagi anak-anak penduduk kampung ini.Misi sekolah ini adalah untuk melahirkan insan yang berhemah tinggi, berbudi pekerti, berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan di samping menyediakan pelajar yang produktif, berdaya saing dan berpengetahuan.
Pada tahun ini, bilangan murid yang belajar di sekolah ini adalah seramai 368 orang dimana majoritinya adalah terdiri daripada penduduk di sekitanya seperti kg. Sibugal besar, kg. Sg.batang, kg. Pampang dan kg nelayan tengah. Mereka juga terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum seperti kagayan, bajau dan suluk. 99.5 peratus daripadanya adalah beragama Islam.
SK Sibugal Besar Sandakan kini diterajui oleh Encik Kipli @ Kefflee Md. Harun, yang merupakan Guru Besar dan juga orang nombor satu sekolah. Beliau telah mula bertugas pada tahun 1999 sehingga kini. Pentadbiran sekolah dilengkapi lagi dengan kepimpinan tiga orang Penolong Kanan dan seorang Penyelia Petang. Mereka adalah Cik Rohaini Mohd. Sidek (PK 1), Puan Hajah Suriah Marali (PK HEM), Puan Siti Hajar Mohd Isa (PK Kokum) dan Puan Che Zarah Che Muhammad (Penyelia Petang). Kini (2008), sekolah ini mempunyai seramai 29 orang guru dan disokong oleh 3 orang kakitangan bukan mengajar.
Dari segi struktur bangunannya, sekolah ini terdiri daripada 2 blok papan iaitu blok A dan blok B serta 1 blok konkrit iaitu blok C. Blok A menempatkan 3 buah bilik darjah dan pusat sumber sekolah atau lebih dikenali sebagai Bilik Akses, manakala blok B pula menempatkan 3 buah bilik darjah, bilik pemulihan dan bilik skim pinjaman buku teks (SPBT). Blok C pula terdiri daripada bilik guru, bilik gerakan dan juga makmal sains. Selain itu, terdapat juga dua buah bilik khas yang lain iaitu bilik Jqaf dan bilik Kemahiran Hidup serta kantin. Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan murid celik IT, sebuah makmal komputer sedang dalam pembinaan.
Pada tahun lalu, sekolah ini telah menerima 2 lagi bangunan pra sekolah menggantikan bangunan papan yang lama. Kini, satu daripadanya telahpun digunakan sepenuhnya. Pada masa akan datang, pra sekolah SK Sibugal Besar akan mampu meningkatkan pengambilan pelajar pra sekolah daripada 25 orang kepada 50 orang dalam setahun.
Dari segi kemudahan asas, sekolah ini menikmati sumber elektrik daripada SESB yang menjadi sumber tenaga terhadap kelancaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Bekalan air pula diperolehi daripada sumber air hujan bertapis. Di atas keprihatinan kerajaan terhadap masalah air yang dihadapi sebelum ini, pada tahun 2006 sk sibugal besar telah menerima peruntukan 10 buah tangki air yang mampu menampung 25 ribu gelen setiap satu.
Di dalam kawasan sekolah ini juga telah dibina 5 buah rumah guru untuk kemudahan guru-guru yang tinggal jauh mahupun yang datang dari luar daerah Sandakan. Kediaman ini cukup selesa dan dilengkapi dengan 3 buah bilik tidur, ruang tamu, dapur,bilik mandi, tandas dan juga anjung.
Semoga sekolah ini akan terus maju dan menjadi asas yang kukuh bagi masyarakat sekitarnya terutama dalam arena pendidikan anak bangsa bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

No comments:
Post a Comment